Halaman

Selasa, 13 Oktober 2026

Keputusan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2026

Assalamualaikum. Walaupun tidak berkesempatan menghadiri dan meneliti menonton penuh di media tapi untuk keputusan penuh dapat juga lah. Tahniah Malaysia! Nur Syakura Mohamad Musa Mengharumkan Nama Negara di Pentas Antarabangsa. Sekali lagi mencatat kejayaan membanggakan dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2026. Pencapaian ini membuktikan bahawa seni bacaan dan penghayatan kalam suci Al-Quran terus mendapat tempat di persada dunia. Keputusan Tilawah Al-Quran 2026 Kategori Lelaki Johan: Muhammad Fauji Ridwan — Indonesia. Naib Johan: Cik Hasnul Taqiyuddin Cik Sazali — Malaysia. Tempat Ketiga: Brahim Boughalab — Belgium. Kategori Wanita Johan: Nur Syakura Mohamad Musa — Malaysia. Naib Johan: A’tiiqah Suhaimi — Singapura. Tempat Ketiga: Dayangku Siti Ummi Syazana Pengiran Marjuki — Brunei. Keputusan Hafazan Al-Quran 2026 Kategori Lelaki Johan: Ehtishamul Hoque Hira — Bangladesh. Naib Johan: Abdul Rahman Jamal Ibrahim — Syria. Tempat Ketiga: Muhammad Izzul Afnan Sazali — Malaysia. Kategori Wanita Johan: Chafaatou Issoufou — Niger. Naib Johan: Minnah Ali Alsoudani Aghnayah — Libya. Tempat Ketiga: Thein Gi Mon — Myanmar. Tahniah semua. Bikin jeles juga ka.. bikin semangat juga. terutama yang menghafaz. jadi mesti mau simpan cita-cita mau hafal ayat-ayat al-Quran. kalau dapat hafal 30 juzuk. Al-Quran sebagai panduan hidup, penyuluh hati dan sumber keberkatan sepanjang zaman.

Selasa, 29 September 2026

Mengenang Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali: Sebuah Kehidupan Yang Penuh Bakti


Mengenang Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali: Sebuah Kehidupan Yang Penuh Bakti

Pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 28 September 2026 menandakan berakhirnya perjalanan hidup seorang tokoh wanita yang telah memberikan sumbangan besar kepada Malaysia.
Dilahirkan pada 12 Julai 1926, Allahyarhamah merupakan antara doktor wanita Melayu terawal di negara ini. Beliau turut aktif dalam bidang kesihatan awam, kebajikan masyarakat serta usaha berkaitan kesihatan ibu dan anak. 
Pada usia 100 tahun, Allahyarhamah meninggalkan bukan sahaja keluarga, tetapi juga sebuah legasi yang akan dikenang oleh masyarakat Malaysia.
Semoga segala jasa dan bakti Allahyarhamah menjadi amal yang terus dikenang.
Al-Fatihah. 

Ahad, 13 September 2026

Hiasan Penyejuk Mata


Keindahan Bunga Kertas 

Bunga kertas atau Bougainvillea merupakan antara tanaman hiasan yang paling mudah dijaga tetapi mampu menghasilkan pemandangan yang memukau. Dengan gabungan warna putih, merah jambu, merah dan ungu, halaman rumah menjadi lebih ceria dan hidup.
Rahsia bunga kertas berbunga lebat ialah pendedahan kepada cahaya matahari yang mencukupi, tanah yang mempunyai saliran baik, siraman yang sederhana serta pemangkasan secara berkala. Walaupun penjagaannya kelihatan mudah, setiap kuntuman yang mekar sebenarnya lahir daripada kesabaran dan perhatian yang berterusan.
Biarpun berkebun bukan hobi saya namun Ia menjadi terapi yang menenangkan pandangan mata. Setiap kali melihat bunga-bunga ini berkembang mekar, saya diingatkan bahawa perkara yang indah dalam hidup juga memerlukan masa, usaha dan kesabaran.

"Seperti bunga kertas, hidup akan lebih indah apabila kita terus bertumbuh walaupun menghadapi panas dan hujan." 

Nota : saya mau cari lagi bunga kertas warna biru, hijau, kuning, oren.. kalau kamurang ada roger² saya ya

Khamis, 27 Ogos 2026

Banjir kilat besar -- Nepal

Nepal dilanda banjir kilat besar yang berlaku pada 26 Ogos 2026, khususnya di kawasan berhampiran sempadan Nepal–Tibet/China.
Tengok di youtube ya Allah.. banjir berlaku dengan sangat pantas, membawa air, lumpur, batu dan serpihan besar. Bergenang air mata tengok. Ada juga vedio helikopter datang ambil penduduk yang masih selamat. Pasti jadi mimpi ngeri bagi yang berjaya menyelamatkan diri. Semoga urusan mereka di sana dipermudahkan. Semoga kita semua dijauhkan dari bala bencana mala petaka. Aamiin.





{Saya suka melihat air dan menikmati keindahan air sungai mahupun pantai. Namun saya tidak suka berada di dalam air (mandi manda) }

Srikandi Di Sebalik Tabir

Srikandi yang kelihatan lembut di luaran namun mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang kuat untuk mempertahankan keluarga dan negara. Bijak menggunakan akal untuk menyelesaikan krisis tanpa bergantung kepada kekuatan fizikal semata-mata. Srikandi memegang teguh amanah tanpa mengharapkan populariti.

Rabu, 17 Jun 2026

Salam 1 Muharam 1448H

Salam Maal Hijrah 1448H

1 Muharam 1448H menandakan bermulanya tahun baharu dalam kalendar Islam. Maal Hijrah bukan sekadar pertukaran angka tahun, tetapi merupakan waktu terbaik untuk kita bermuhasabah, memperbaiki diri, dan memperbaharui azam ke arah kehidupan yang lebih baik.

Peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah mengajar kita tentang pengorbanan, kesabaran, kecekalan, dan keyakinan kepada pertolongan Allah SWT dalam menghadapi setiap cabaran kehidupan.

Sempena kedatangan tahun baharu Islam ini, marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada semangat hijrah dengan meninggalkan perkara yang kurang baik, memperbanyakkan amalan soleh, mengeratkan silaturahim, serta berusaha menjadi insan yang lebih beriman dan bertakwa.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H.
“Madani dihayati, Ummah diberkati”

Semoga tahun ini membawa rahmat, keberkatan, kesihatan yang baik, dan kejayaan buat kita semua. Aamiin. 

Rabu, 4 Mac 2026

GANJARAN PAHALA

GAJARAN PAHALA DARI ALLAH ITU ADA 3 JENIS.

PERTAMA PAHALA KERANA MENYEMPURNAKAN IMAN KEPADANYA.

KEDUA PAHALA KERANA MENYEMPURNAKAN SYARIATNYA YANG ZAHIR.

KETIGA PAHALA KERANA MENYEMPURNAKAN SYARIATNYA YANG BATIN IAITU MENGAMAL SIFAT SIFAT YANG MAHMUDAH DI HATI.

DOSA KEPADA ALLAH ITU ADA 3 JENIS. 

PERTAMA DOSA KERANA JAHIL ATAU MEMPERCAYAI KEPERCAYAAN YANG SALAH TERHADAP ALLAH ATAU ADA ZON, SYAK DAN WAHAM TERHADAP ZATNYA, SIFATNYA DAN AFALNYA. 

KEDUA DOSA KERANA MELANGGAR DAN MENINGGALKAN SYARIATNYA YANG ZAHIR. 

KETIGA DOSA KERANA MELANGGAR DAN MENINGGALKAN SYARIATNYA YANG BATIN IAITU MEMBIARKAN HATI BERSIFAT DENGAN SIFAT=SIFAT MAZMUMAH.