Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
- Srikandi Sebalik Tabir
- Seorang ibu dan isteri yang suka berkongsi cerita tentang apa sahaja dalam kehidupan. Tentang keluarga, pengalaman, resepi, suka duka dan cerita-cerita kecil yang mewarnai hari. ❤️ Terima kasih kerana singgah di sini. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dan menghiburkan untuk anda. 🌷 - Even If Nothing Changes...I Just Want To Remember-
Selasa, 13 Oktober 2026
Keputusan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2026
Assalamualaikum. Walaupun tidak berkesempatan menghadiri dan meneliti menonton penuh di media tapi untuk keputusan penuh dapat juga lah.
Tahniah Malaysia! Nur Syakura Mohamad Musa Mengharumkan Nama Negara di Pentas Antarabangsa.
Sekali lagi mencatat kejayaan membanggakan dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2026. Pencapaian ini membuktikan bahawa seni bacaan dan penghayatan kalam suci Al-Quran terus mendapat tempat di persada dunia.
Keputusan Tilawah Al-Quran 2026
Kategori Lelaki
Johan: Muhammad Fauji Ridwan — Indonesia.
Naib Johan: Cik Hasnul Taqiyuddin Cik Sazali — Malaysia.
Tempat Ketiga: Brahim Boughalab — Belgium.
Kategori Wanita
Johan: Nur Syakura Mohamad Musa — Malaysia.
Naib Johan: A’tiiqah Suhaimi — Singapura.
Tempat Ketiga: Dayangku Siti Ummi Syazana Pengiran Marjuki — Brunei.
Keputusan Hafazan Al-Quran 2026
Kategori Lelaki
Johan: Ehtishamul Hoque Hira — Bangladesh.
Naib Johan: Abdul Rahman Jamal Ibrahim — Syria.
Tempat Ketiga: Muhammad Izzul Afnan Sazali — Malaysia.
Kategori Wanita
Johan: Chafaatou Issoufou — Niger.
Naib Johan: Minnah Ali Alsoudani Aghnayah — Libya.
Tempat Ketiga: Thein Gi Mon — Myanmar.
Tahniah semua.
Bikin jeles juga ka.. bikin semangat juga. terutama yang menghafaz. jadi mesti mau simpan cita-cita mau hafal ayat-ayat al-Quran. kalau dapat hafal 30 juzuk.
Al-Quran sebagai panduan hidup, penyuluh hati dan sumber keberkatan sepanjang zaman.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou