Di dunia ini, tanpa ilmu hidup tidak akan bererti kerana seseorang itu hidup untuk mencapai berbagai-bagai tujuan serta matlamat. Hanya melalui pembacaan sahaja yang dapat memberi lebih daripada satu tujuan kerana ia menjadikan hidup semakin bermakna dan semakin dalam. Idea anda hanya satu, demikian juga perasaan dan imaginasi anda tetapi apabila pembacaan bergabung dengan idea, perasaan dan imaginasi yang lain, maka ia hanya bukan melahirkan dua idea, perasaan dan imaginasi tetapi terlalu banyak sehingga tidak terhitung jumlahnya. Serupa juga dengan seorang yang duduk di antara dua cermin. Dia tidak melihat hanya satu imej dirinya, bukan juga dua, tetapi sangat banyak, sebanyak pandangannya ke seluruh penjuru cermin itu. Di dunia ini, perasaan juga begitu. Jika anda menggabungkan perasaan anda dengan perasaan orang lain, terhasillah gabungan cinta yang mana ia akan berkembang dan terus berkembang. ' Abbas Mahmud Al-Aqqad (1889-1964M) '
Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
- Srikandi Sebalik Tabir
- Seorang ibu dan isteri yang suka berkongsi cerita tentang apa sahaja dalam kehidupan. Tentang keluarga, pengalaman, resepi, suka duka dan cerita-cerita kecil yang mewarnai hari. ❤️ Terima kasih kerana singgah di sini. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dan menghiburkan untuk anda. 🌷 - Even If Nothing Changes...I Just Want To Remember-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou