Saya terlupa ucap 'Happy Birthday' buat kawan serumah saya. Kek sudah makan ucap belum lagi. Jangan marah ye... Hari ini episod akhir drama 'Flaming Butterfly'. Semalam tengok iklan macam tragis saja. Sejauh mana kuatnya cinta antara 'Hock Yu' dan 'Sum Yi'. Apakah kesudahan 'Ka Keong' (c bedebah tu...). Adakah dia juga akan jadi sasau seperti mak 'Christ'? Adakah 'Christ' akan sedar dari koma atau sebaliknya? Adakah hubungan 'Sum Yi' dan Sum Yen' akan terus tegang? Apakah kesudahan hubungan 'Hock Yu', 'Sum Yi' dan 'Hok Kei'? Adakah 'Sum Yi' berjaya menyelamatkan 'Hock Yu'? Adakah 'Hock Yu' dapat balik dengan selamat atau sebaliknya? Dan yang paling penting antara 'Sum Yi' dan 'Ka Keong' siapa yang akan menang?. Semalam saya juga sempat tengok drama 'jangan pandang belakang'....huh!!!...meremang bulu roma. Boleh percaya kah? Apa-apa pun saya suka pelakon lelaki tu...siapa namanya... Ashraf Muslim. Handsome. Kalau dia ada di sebelah saya...siap dia...saya cium-cium dia...hehehe...berani ke?
Tak sabar rasanya nak tunggu hujung minggu. Hujung minggu ni kawan ajak balik kg pi makan buah tapi malaslah. Penatlah berjalan jauh. Tidak apalah belum ada rezeki...hehehe..... beli sajalah buah di pasar malam. Tapi tunggu harga turun dululah...kwang..kwang..kwang... lagipun di ofis selalu dapat makan buah free... al-Hamdulillah.
p/s ; kawan cakap senyum selalu jangan muncung-muncung....hehehe... sy tekejut ba tadi. Pasal tu pagawai comel tiba2 dia cakap jangan main tapuk-tapuk. Terkedu sy...sebab suda lama sy nda pakai tu bahasa... musykil sy...
Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
- Srikandi Sebalik Tabir
- Seorang ibu dan isteri yang suka berkongsi cerita tentang apa sahaja dalam kehidupan. Tentang keluarga, pengalaman, resepi, suka duka dan cerita-cerita kecil yang mewarnai hari. ❤️ Terima kasih kerana singgah di sini. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dan menghiburkan untuk anda. 🌷 - Even If Nothing Changes...I Just Want To Remember-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou