Dimulakan dengan bismillah
disudahi dengan al-Hamdulillah...
Hari ini hari bahagia untuk saya. Pertamanya, saya berjaya melepasi sasaran saya untuk lulus peperiksaan KPSL. Kertas A yang teramat susah bagi saya akhirnya saya lulus. Dua kali ambil exam akhirnya lulus. Macam mo menangis saja. Nak buat macam mana ni...Mungkin berkat doa ibu.. sebelum pi exam minta ibu doakan agar dipermudahkan....dan saya juga berusaha dalam lebih kurang dua minggu untuk mengulangkaji... Syukur ke hadrat illahi kerana mengabulkan doa dan permintaan saya. Saya berharap ia bukan setakat di sini sahaja. Ya, saya perlu selalu berdoa, selalu dekat denganNya dan terus berusaha. Terima kasih Allah, terima kasih Ibu, terima kasih kawan-kawan dan terima kasih buat semuanya.
Inilah exam pertama yang saya duduki dengan penuh keazaman untuk lulus. Inilah kali pertama saya cabar diri saya untuk lulus. Inilah kali pertama saya punya keazaman sepanjang lapan tahun berkhidmat dengan perkhidmatan awam. Saya mengharap ramadhan ini juga bakal memberi sesuatu yang saya impikan.Al-Hamdulillah....
Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
- Srikandi Sebalik Tabir
- Seorang ibu dan isteri yang suka berkongsi cerita tentang apa sahaja dalam kehidupan. Tentang keluarga, pengalaman, resepi, suka duka dan cerita-cerita kecil yang mewarnai hari. ❤️ Terima kasih kerana singgah di sini. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dan menghiburkan untuk anda. 🌷 - Even If Nothing Changes...I Just Want To Remember-
wahhh... naik gaji la ek? boleh belanja saya nie
BalasPadamhahaha..... blum tentu dpt....
BalasPadam