Pukul 6.30 pagi tadi saya dengar siaran selangorfm. Bagus dengar siaran radio ni awal pagi sebab lagu-lagu yang diputarkan berunsurkan kerohanian. Seperkara yang telah menarik perhatian saya,
D = doa
U = usaha
I = ikhtiar
T = tawakkal
kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang kita kehendaki berpandukan garis kemampuan diri. Ini kerana kita tidak selalunya akan bernasib baik. Hasil yang kita perolehi daripada usaha gigih yang kita lakukan adalah lebih baik dan memuaskan. Manakala hasil yang diperolehi daripada mengharap nasib baik selalunya sekadar baik sahaja.
Saya setuju!.... kalau kita terus berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diingini, sama ada berjaya atau sebaliknya ......harus tawakkal.
Semalam saya terbaca kisah seorang pelajar Thailand yang pergi ke Singapore bersama kawan-kawannya untuk menghadiri seminar. Pelajar tersebut terlibat dalam kemalangan. Menunggu keretapi, orang ramai berpusu-pusu, tolak-menolak dan akhirnya yang menjadi mangsa pelajar tersebut. Akibatnya kedua-dua kakinya terpaksa dipotong. Tanpa merungut, tiada ucapan, tiada air mata dia pasrah dengan ketentuan Tuhan. Tabahnya dia.
Semalam juga saya baca buku tentang food cures. Coffe boleh melegakan migrain. Namun coffe juga boleh menyebabkan cancer. Tea adalah minuman terbaik antioksida namun ia juga boleh menyebabkan cyst. Ada banyak lagi tapi hanya itu yang tiba-tiba bermain di fikiran saya.
Pagi ni saya minum teh tarik yang dibuat oleh Cik Mashi.... sedapnya....boleh buka kedai dah ni...boleh dibuat menantu juga....heheheee.....
Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
- Srikandi Sebalik Tabir
- Seorang ibu dan isteri yang suka berkongsi cerita tentang apa sahaja dalam kehidupan. Tentang keluarga, pengalaman, resepi, suka duka dan cerita-cerita kecil yang mewarnai hari. ❤️ Terima kasih kerana singgah di sini. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dan menghiburkan untuk anda. 🌷 - Even If Nothing Changes...I Just Want To Remember-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou