Minggu ni macam-macam hal....hal astro...hal baucar nda jumpa-jumpa...dan yang paling genting pada pendengaran kawan satu ofis mengalami kekacauan jiwa. maybe salah faham...ataupun mungkin sengaja disalahfahamkan...kemungkinan juga api yang tersimpan dalam hati memang suda time mo meletup...ataupun ada somebody yang mencucuk menjadi batu api...huhuhuuuu....... Post dekat facebook pun bagai-bagai....nasib baik bukan ruas dan kuku... Yang bikin kasian, yang ada di ofislah...terpaksa mendengar suara sumbang...ada yang kata bingitnyerrrr..... dan yang kedua, kawan-kawan rapatnya... daaaannnnn yang paling kesian bos tu la....tak pasal-pasal dikutuk... tujuan utama nak tolong, ringankan beban...tapi the result sebaliknya... objektifnya tidak tercapai. Tambah mengeruhkan keadaan wujud somebody yang boleh dikatakan 'tambah memanaskan keadaan'... Moral of the story...tak payahlah beriya-iya nak tolong orang...selagi mereka masih sihat, selagi mereka mampu bergerak, selagi masa mengizinkan...biarkan mereka settle sendiri. Senarai tugas tetap senarai tugas.... setiap orang ada time fit ada time senang...cuma masanya berbeza. (Kata-kata berani seorang kawan "kira terror lah. Busy-busy tapi sempat lagi buka facebook".... wow...berani u... nda takut kena santau ka?....hahahahaaaaaa....) Apa-apa pun saya harap insan berkenaan dapat bertenang dan menenangkan jiwanya...agar jangan terlalu cepat meletup...kalau salah tempat takut-takut kena strok...naturalkan warna hidup. Setiap insan ada bahagian masing-masing. Setiap insan pernah hidup susah...malah ada lagi yang lebih malang. Positiflah selalu... Usailah kekusutan jiwa...jangan biarkan perasan benci, meluat, menyampah etc bersarang dalam hati. Sesungguhnya perasaan itu teman setia para syaitan. Kesilapan, kekhilafan, kebencian...hari ini, semalam dan sebelumnya dilupakan dan dimaafkan. Jika tak mahu melupakannya maka jangan biarkan ia menguasai diri. Istighfar selalu. Sayangi diri hormati perasaan sendiri.
Hal astro sudah selesai...tapi duit melayang..RM180.00. time duit suda habis ni la timbul masalah...huhuhuuuuu......... Baucar pun nda jumpa-jumpa juga. Saya malas suda mo cari...kotoh!!! biar tu...benci sa....
Semalam Datin Marina bagitau, nama saya tidak naik bengkel naziran. Bos tak bagi. Inda apalah. Tapi kalaulah senarai naziran next week tu untuk kursus di Intan Terengganu hujung bulan ni...rugilah saya. Saya dahlah kursus baru 4 hari... ayoyoyoyoooo..... Emmmm........
bugou - sekarang saya dalam proses untuk mengurangkan kembali berat badan...huhuhuuuu....nak lawan dengan my little sister...cayok!!!.....yakin boleh!...
Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
- Srikandi Sebalik Tabir
- Seorang ibu dan isteri yang suka berkongsi cerita tentang apa sahaja dalam kehidupan. Tentang keluarga, pengalaman, resepi, suka duka dan cerita-cerita kecil yang mewarnai hari. ❤️ Terima kasih kerana singgah di sini. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dan menghiburkan untuk anda. 🌷 - Even If Nothing Changes...I Just Want To Remember-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou