| |
Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
- Srikandi Sebalik Tabir
- Seorang ibu dan isteri yang suka berkongsi cerita tentang apa sahaja dalam kehidupan. Tentang keluarga, pengalaman, resepi, suka duka dan cerita-cerita kecil yang mewarnai hari. ❤️ Terima kasih kerana singgah di sini. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dan menghiburkan untuk anda. 🌷 - Even If Nothing Changes...I Just Want To Remember-
Ahad, 5 Mei 2013
Pilihlah Dia
Di tengah malam yang sunyi sepi, sesekali kedengaran bunyi enjin moto...deruan enjin kereta...(paling tidak boleh bla bunyi mengetuk di tingkat atas...).... Perlahan-lahan langkahku menuju ke kamar mandi. Dengan lafaz basmalah aku mengambil air sembahyang. Ya Allah Ya Tuhanku, tetapkanlah hatinya untuk menerima dia. Bukakanlah pintu hatinya....berilah petunjukMu...biar kebenciannya berakhir di sini. Ya Allah yang maha pengasih, Kau lembutkanlah hatinya agar ia berubah fikiran untuk memilih dia. Walaupun aku tidak memilih dia namun biarlah hatinya memilih dia. Sesungguhnya hidupnya amat memerlukan dia. Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah hambaMu ini. Maafkan segala kekhilafanku. Maafkan aku kerana menyakiti dia. Ku mohon padaMu biarkanlah hatinya dan dia bersatu. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui segalanya. Amiin Ya Rabbal Alamiin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou