Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
- Srikandi Sebalik Tabir
- Seorang ibu dan isteri yang suka berkongsi cerita tentang apa sahaja dalam kehidupan. Tentang keluarga, pengalaman, resepi, suka duka dan cerita-cerita kecil yang mewarnai hari. ❤️ Terima kasih kerana singgah di sini. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dan menghiburkan untuk anda. 🌷 - Even If Nothing Changes...I Just Want To Remember-
Isnin, 24 Mac 2014
selawat perdana
Malam tadi saya dan maisarah turut serta memeriahkan program selawat
Perdana Malam Cinta Rasul bertempat di depan dataran Masjid Putra,
Putrajaya. Walaupun dibanjiri hampir setengah juta manusia
Tetap rasa nyaman. Tiada perasaan stress tiada rasa panas tiada
kedengaran suara tangisan budak walhal ramai budak kecil turut
serta. Diberi sejadah, buku qasidah,buku yassin dan air mineral
percuma. Ada juga jualan tapi kami tengok dari jauh jer... Perdana
menteri dan isteri turut hadir. Dato Mukhriz pun ada. Ramai juga
artis tanah air yang datang. Antara yang saya perasan Ezu aslam
(fourtheen), adam af, sabhi sadhi, fizz fairus .... Tidak dapat
dinafikan alunan qasidah Habib Syech Abdul Qadir Assegaff memang
menakjubkan. Ya Hana Na - saya sudah mendengar qasidah ni sejak
dulu namun auranya tidak sehebat masa sekarang. Saya harap program
seperti ini akan diteruskan. Sejuk mata memandang PM dan isteri. And
PM look handsome look great with wear jubah putih. Semoga Malaysia terus aman merdeka dilindungi Allah SWT selamanya. Insya-Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou