Pesan Baru,
Seorang Sahabat Lama
Ini satu pesan baru
seorang sahabat lama
tentang cinta dan cita-cita
tentang dilema pilihan diri.
Kata dia padaku;
kita hanya boleh merasa
sejauh mana hati kita ingin
kerana jalinan itu tidak bererti
jika dicipta tanpa keinginan.
Kata dia padaku:
kita hanya boleh melangkah
sejauh mana kaki kita mahu
kerana perjalanan itu sia-sia
jika dipaksa tanpa kemahuan.
Kata dia lagi:
jalinan tiada cinta
perjalanan tiada cita-cita
bukan semestinya luka nestapa
jika itu satu pilihan sengaja.
Pesan seorang sahabat lama
memang selalu bermakna
kerana dekat atau jauh
kasih dia tetap intim.
"Melukakan dan terluka adalah satu pilihan sendiri!"
P/s : baru ku tau stressnya jaga kaunter...migrain aku...hehehe....
Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
- Srikandi Sebalik Tabir
- Seorang ibu dan isteri yang suka berkongsi cerita tentang apa sahaja dalam kehidupan. Tentang keluarga, pengalaman, resepi, suka duka dan cerita-cerita kecil yang mewarnai hari. ❤️ Terima kasih kerana singgah di sini. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dan menghiburkan untuk anda. 🌷 - Even If Nothing Changes...I Just Want To Remember-
Sumandak, wuii bulih tahan puisi ko ya.. :)
BalasPadamCyberSufer,
http://www.2icv.com
(Mau tau sya, layari web di atas)
uiii...ya ka?...terima kasih kio... puisi ciplak baitu hehehe...
BalasPadam