Dua hari cuti memang best. Rasa seperti banyak waktu. Waktu-waktu inilah yang digunakan untuk membaca semula buku-buku yang telah dijadikan hiasan dalam kotak.
Keajaiban air
Biasa kita dengar perlu minum air 8 gelas sehari. Tetapi setelah membaca sebenarnya 8 gelas air hanya purata sahaja kerana keperluan air adalah berbeza-beza mengikut anatomi (struktur badan) individu. Tapi yang 8 gelas tu nda termasuk coca cola, teh tarik..etc tau...air kosong saja.
1) kajian dari America Journal Of Epidemology, wanita yang minum lebih daripad 5 gelas air sehari berjaya menurunkan 41% risiko kematian akibat serangan jantung berbanding wanita yang minum kurang daripada 2 gelas air sehari. See...
2) Wanita yang minum air lebih daripada 5 gelas air sehari, menurunkan 45% risiko mendapat kanser usus berbanding wanita yang minum 2 gelas atau kurang dalam jangka masa sehari. Penting ni...
3) Wanita yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari berjaya mengurangkan 50% risiko penyakit buah pinggang kerana air akan bertindak melarutkan kalsium dalam urin dan mengurangkan risiko terbentuknya batu karang. Ingat tu...
4) Wanita yang mengambiil lebih daripada 5 gelas air sehari akan menikmati 80% peluang mengurangkan risiko menghidap sakit belakang dan sendi. Baru aku tau....
Hebat bukan? Tapi tahukah anda banyak minum air juga menyeksakan. Tahu kenapa? Kerana terpaksa pergi tandas berulangkali. Penat ooo.... hehehehe... anda punya badan anda buat pilihan!
*kekuraangan air akan menyebabkan sel lemak sukar dimamah metaolisme dan menjadikan berat tidak berkurangan. Air juga membantu membina otot, membantu sendi untuk membentuk cecair sinovia (pelincir di anatara sendi).
Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
- Srikandi Sebalik Tabir
- Seorang ibu dan isteri yang suka berkongsi cerita tentang apa sahaja dalam kehidupan. Tentang keluarga, pengalaman, resepi, suka duka dan cerita-cerita kecil yang mewarnai hari. ❤️ Terima kasih kerana singgah di sini. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dan menghiburkan untuk anda. 🌷 - Even If Nothing Changes...I Just Want To Remember-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou