Salam takziah diucapkan buat sahabat Suriani Senik di atas pemergian ibunda tercinta. Bersabarlah dengan semuanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang beriman. Insya-Allah. Permergian di bulan mulia Ramadhan al-Mubarak ini pasti tinggi nilainya.
Namun yang paling saya terkejut sahabat Miza yang lebih dikenali dengan panggilan 'Amoi' masuk wad. Why? Kata mereka tulangnya retak. Innalillahi wainnailaihi rajiun... Sabar ko Miza. Makan ubat semoga cepat sembuh. Ujian di bulan ramadhan. Risau saya dibuatnya. Minggu lalu pun my mum demam. My thinking wow...more be negative....nauzubillah...
Apa-apa pun kita semua mengharapkan ramadhan ini membawa dan memberi seribu pengertian dan keinsafan. Walau apa pun yang bakal dan akan berlaku semoga kita semua dikurniakan kekuatan akal dan keteguhan iman yang maha utuh. Insya-Allah.
Hari ini masuk hari ke-15 berpuasa. Saya dengar dekat radio hari lagu raya dah boleh mula pasang. Wow!kawan-kawan kalau pasang lagu raya tu pasang yang ceria-ceria tau...jangan yang sedih-sedih....huhuhu...
Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
- Srikandi Sebalik Tabir
- Seorang ibu dan isteri yang suka berkongsi cerita tentang apa sahaja dalam kehidupan. Tentang keluarga, pengalaman, resepi, suka duka dan cerita-cerita kecil yang mewarnai hari. ❤️ Terima kasih kerana singgah di sini. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dan menghiburkan untuk anda. 🌷 - Even If Nothing Changes...I Just Want To Remember-
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou