Kau adalah nafasku
Harapanku
Temanku
Idamanku
Kekayaanku yang melimpah ruah
Tanpa-Mu nyawaku, cintaku
Aku tidak mungkin akan merayau merentasi
Tanah tak berpenghujung ini....
Merata-rata aku mencari cinta-Mu
Kemudian tiba-tiba aku dipenuhi dengannya.
Wahai penghulu kalbuku
Mata keinginan yang bersinar dalam dadaku
Aku takkan pernah bebas daripada-Mu
Selagi aku hidup.
Berpuaslah denganku, cinta
Dan puaslah aku...
Syair Rabiah (ahli sufi)
"Wahai Tuhan, biarkan cintaku tumbuh. Biarkan ia mekar sampai sempurna dan berpanjangan. Biarkanku minum air telaga cinta sehingga dahagaku hilang. Hanya cinta yang aku miliki, diriku adalah cinta dan aku hanya ingin menjadi cinta!".... (Kais Majnun)
"Tidakkah mereka sedar bahawa idea kebahagiaan mereka berbeza dengan yang aku miliki? Tidakkah mereka lihat bahawa hasrat mereka mungkin tertunai dalam kehidupan ini, sedangkan keinginanku sepenuhnya berbeza, keinginan yang tidak mungkin terpenuhi selama aku masih tetap di dunia fana ini?" (Kais Majnun)
"Jika kamu tidak mampu mengubah raja, maka ubahlah diri kamu sendiri" (ahli sufi)
"Terdapat perbezaan besar antara yang hanya mengumpul resepi dengan yang benar-benar memasak dan memakannya" (syeikh Fadhlalla Haeri - ahli sufi)
Cinta sufi menuntut penyerahan diri yang bulat kepada kehendak kekasih, tanpa memperdulikan kesejahteraan diri sendiri. Ini adalah cinta yang sampai ke tahap pelenyapan diri, malah itulah tujuannya. Cinta ialah api yang menghanguskan ego dan menyucikan jiwa dan pencinta ialah dia yang menyala dan membakar.
mkbs - Aku suka menjadi pencinta.
Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
- Srikandi Sebalik Tabir
- Seorang ibu dan isteri yang suka berkongsi cerita tentang apa sahaja dalam kehidupan. Tentang keluarga, pengalaman, resepi, suka duka dan cerita-cerita kecil yang mewarnai hari. ❤️ Terima kasih kerana singgah di sini. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dan menghiburkan untuk anda. 🌷 - Even If Nothing Changes...I Just Want To Remember-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou