| Selepas penat berjalan sejauh 3KM (Shu dengan adikkya memilih untuk berjalan sejauh 5KM. hebat kan?), kami terus pergi ke Presint 8 untuk menyertai kenduri1wilayah. Untuk menyertai cabutan bertuah dan teka biji buah betik kena bayar RM1.00. Huhuuu...ingatkan free... Ada banyak acara untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Kelakar pengacara tu. Nak tunggu makan tengahari....teramatlah letih. Letih baru lepas berjalan kaki di Presint 3. Kalau nak balik rumah dulu confirm tak datang dah...heheheee.... Majlis tersebut disambut secara serentak di tiga wilayah iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Menunggu ucapan Dato' Raja Nong Chik bin Datuk Zainal Abidin yang disiarkan secara langsung dari Kuala Lumpur. Selepas tu ucapan Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Katanya 'saya tidak mengatakan kerajaan sekarang perfect, kesilapan ada di mana-mana tetapi sekarang ini kita punya pemimpin yang berusaha untuk memperbaiki semua kelemahan dengan usaha-usaha dan transformasi...kita sokonglah dia...kita beri dia peluang. Saya merayu kepada anda semua'. Maka itu wahai-wahai pengundi di Putrajaya berilah peluang yerrr.... Ucapannya boleh tahan juga panjangnya. Majlis kemudiannya diikuti penyampaian baucar BR1M 2.0. Seronok mereka dapat baucar. Belanja biar berhemah yer...hehehee... Pada masa yang sama orang ramai berpusu-pusu mengambil makanan. Katanya, makanan tersebut disediakan secara bergotong-royong. Wow... bagus. Tapi sayangnya nasi habis...stok tak sampai-sampai. Yang tak baiknya, orang belakang tu tak sabar-sabar. Suara kuat pula tu....ehhh.... Kalau tak sabar pergilah tolong durang.... Perkara yang menghairankan juga, tong sampah disediakan bersepah-sepah tapi ada juga yang buang sampah merata tempat. Apa kes? Aiyyooo.....sebelum majlis bermula pengacara majlis ada mengumumkan, selepas majlis tamat perlu bekerjasama membersihkan tapak majlis. Aduiyeiii... kitorang terus balik lepas tamat pengumuman cabutan bertuah. hahahaa..... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou