Finale Mimpi Ke Bintang 2013 - RTM
1) Zaini Bayang : pasangan suami isteri yang mempersembahan silap mata. Woww...best!...
2) Nick Freestyler : style bermain bola. Tapi sayangnya pusingan kedua dia berganding dengan Alam Wakaka, berlaku kesilapan.
3) Wan Rul Puppet : saya paling suka ni. Mula-mula saya sebut nama durang ni wonderpuppet. Hahahaa.... Paling best. Saya target mereka akan jadi juara.
4) Tree F : tiga adik-beradik yang mempertaruhkan kehebatan bermain skipping. Hebat!
5) Warisan Persada : glamour bermain kaca. Bagi saya biasa-biasa saja.
6) The Siblings Band : 6 adik-beradik bermain pelbagai alat muzik. Hebat!
7) Rokusteps : kumpulan penari yang popular. Dulu mereka pernah menyertai pertandingan tarian di 8tv. Yang hebatnya di final ini mereka menari menggunakan api. Ada harapan untuk menang.
8) Aiman Hafiz : seorang ahli silap mata. Saya tertarik dengan persembahan keduanya. Woww...
9) Nobita kimi : dua peserta lelaki yang bermain muzik hanya dengan menggunakan mulut, gigi, gusi.....apa lagi arr... Memang awesome!. Saya target mereka akan menang.
Kelakar gandingan pengacara Azad, Linda, Seri, Fazli. Persembahan jemputan yang menarik hati saya adalah bermain muzik dengan gergaji. Woww...nanti balik kampung saya mau cuba jugalah.
KEPUTUSAN :
KETIGA : The Siblings Band
KEDUA : Rokusteps
JUARA : Wan Rul Puppet. Yahoooo...betul tekaan sa. Kan aku bilang...Sabah memang hebat. Ni kali la...hahahaa....
Tarikh kemaskini : 17.03.2013
Waktu : 12.30am
Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
- Srikandi Sebalik Tabir
- Seorang ibu dan isteri yang suka berkongsi cerita tentang apa sahaja dalam kehidupan. Tentang keluarga, pengalaman, resepi, suka duka dan cerita-cerita kecil yang mewarnai hari. ❤️ Terima kasih kerana singgah di sini. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat dan menghiburkan untuk anda. 🌷 - Even If Nothing Changes...I Just Want To Remember-





Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou